Apr 26, 2023
INFO HALIA BARA
Halia bara atau nama saintifiknya Zingiber officinale var. rubrum pula adalah sejenis
halia yang digunakan dalam perubatan tradisional.
Pokok halia bara sering dijadikan sebagai tanaman seri bagi kawasan rumah.
Ia agaK berbeza dengan halia makan. Ia juga dikenali sebagai halia merah dan halia udang.
Dikatakan tanaman ini tidak mempunyai masalah kepada serangan serangga perosak.
Jadi, ia sangat sesuai digunakan bersama baja organik kerana ia mudah untuk tumbuh
dengan subur.
Hasil penemuan kajian yang dijalankan, pokok halia bara mempunyai pelbagai jenis:
Kandungan bahan aktif di dalamnya. Ia termasuklah sebatian phenol, terpenes, polysaccharides, lipids, organic acid. Manfaat kesihatan oleh halia bara banyak
disumbangkan oleh kehadiran sebatian phenol iaitu gingerols dan shogaols.
Kebiasaannya, rizom halia bara banyak digunakan dalam rawatan tradisional
Berbanding bahagian lain. Ia sering digunakan dalam rawatan untuk meredakan
bengkak kaki, membuang angin dalam badan, mengawal tekanan darah tinggi dan melegakan lenguh badan.
Bila2 nanti saya share info lagi ya, untuk pesanan Minyak halia bara, segera kilik :
https://wa.link/j32v4w